KEDAH INTERNATIONAL 

BIKE WEEK 2019

KITA BIKERS TIADA BEZA. 

MOTOR KECIK MOTOR BESAQ SAMA SAJA.

" JANJI MAU PULAIH "

 
 
 
 
 
 
 

INFO KEDAH INTERNATIONAL BIKE WEEK 2019 BELI BAJU DAN MENANG RM1000 WANG TUNAI.
 

Kedah International Bike Week 2019 akan berlangsung pada 22 sehingga 24 Mac 2019 di Taman Jubli Emas Suka Menanti, Alor Setar Kedah. Pihak penganjur membuat pertandingan video sempena #KDIBW2019 yang akan di lancarkan selepas mereka semua beli baju dan buat video tersebut akan memenangi hadiah wang tunai yang akan kami umumkan syarat dan peraturan bagaimana nak sertai pertandingan tersebut.
 

Cara-cara nya adalah :

1. Beli baju event minima 1 helai lengan panjang atau lengan pendek boleh sertai peraduan ini. Boleh secara solo atau berkumpulan.
2. Pakai baju dan buat video pendek durasi 1 minit sahaja paling lama. Antara syarat wajib di sebut adalah :-
- (Jom ke) Kedah Internasional Bike Week 2019. Jika anda nak guna loghat negeri masing-masing juga ayat ini boleh di ubah ikut selera anda. Jom ganti moh atau marey atau apa sahaja terpulang pada anda.
- 22-24 Mac 2019 pada jam 10pagi - 12malam
- Taman Jubli Emas Alor Setar Kedah.
- Janji Mau Pulaih.
- Saya nak menang RM1000.
- Kata-kata lain ikut suka atas kreativiti masing-masing.
3. Gabungkan dengan kata kreatif anda bagi cukup 1 minit. Contoh
- Ajak nama-nama kelab join.
- Ajak ramai-ramai beli baju, dapat tiket cabutan bertuah dan menang cabutan bertuah Yamaha Y150 di tapak acara bagi yang ada masa cabutan bertuah.
- Aksi atau gaya yang boleh jadikan video tersebut jadi viral :)
4. Beli baju, buat video dan hantar penyertaan kami terima walaupun anda bukan bikers & tinggal jauh dari lokasi event dan tidak dapat hadir pun kami terima penyertaan ini :)

Pemenang akan di pilih melalui antara kriteria-kriteria ini :

1. Kejelasan suara.
2. Gaya kreatif.
3. Gaya unik.
4. Gaya Santai.
5. Gaya profesional.
6. Lakonan menarik.
7. Video jadi viral.
8. Kualiti video yang jelas.
9. Kreativiti editing juga di benarkan.
10. Pakai baju official KDIBW2019.

CARA UPLOAD VIDEO.
1.    Upload di media social FB wall sendiri.
2.    Letakkan tanda Hashtag #KDIBW2019
3.    Tag pada 10-100 orang kawan ( terpulang pada anda jika anda nak popular )
4.    Ikut panduan dan tips yang kami kongsikan. Jangan lupa tau 


*Video pemenang akan di tontonkan pada 24 Mac 2019 di skrin utama tapak acara dan jika anda adalah pemenangnya, kami akan hubungi anda jika anda tiada di tapak sewaktu video tersebut di umumkan sebagai JUARA Video Viral Kedah International Bike Week 2019 dan bakal membawa pulang RM1000.

*Dengan membuat pembelian, pengunjung berpeluang memenangi Hadiah Cabutan Bertuah sebuah Motosikal Yamaha Y150 , Helmet, Aksesosories dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti semua pembeli dan pengunjung KDIBW2019. Kami menyeru anda sebagai rakan bikers sama-sama viralkan Kedah International Bike Week 2019 serata-rata kerana ini membawa nama Negeri Kedah sebagai negeri yang menyokong penuh aktiviti Permotoran dengan sihat dan penuh manfaat kepada peminat-peminat motosikal.

*Sebarang pertanyaan atau aktiviti sewaktu acara berlangsung, boleh hubungi kami di talian :
013-413 6669 - Waty, 
013-5896975 - Hafiz,